BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
DAN SALAM SEJAHTERA.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
DAN SALAM SEJAHTERA.
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu wataala kerana
dengan limpah kurnia dan inayahnya kita dapat hidup dalam sebuah negara yang
aman dan bersatu dengan pelbagai kaum dan tradisi yang saling menyokong antara
satu sama lain. Namun begitu kehormanian dan kestabilan yang kita kecapi ini
tidak akan kekal jika kita tidak berjaya mengekang pelbagai gejala sosial yang
akan mengancam terutamanya kepada ganerasi muda iaitu seperti permasalahan
penyalahgunaan dadah.
Keseimbangan
dalam kehidupan dunia tanpa sempadan dengan pelbagai medium teknologi yang
digunakan, harus disokong dengan pembinaan jati diri di kalangan generasi agar
tidak terdorong dengan gejala yang tidak sihat. Tahun ini kita masih
mengekalkan tema yang sama iaitu “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” yang
membawa mesej yang berterusan berhubung tanggungjawab dan peranan komuniti
untuk mengekang dan menanamkan kesedaran bahaya dadah. Isu penyalahgunaan dadah
bukan masalah domestik yang hanya dihadapi di negara ini sahaja malahan seluruh
dunia berdepan masalah ini sekali gus menuntut usaha berterusan untuk
menyelesaikannya.
Pengekalan tema
pada tahun ini memberikan makna yang sangat besar dalam menunjukkan peranan dan
tanggungjawab komuniti dalam membantu pihak kerajaan ataupun pihak
penguatkuasaan dalam membuat pencegahan mahupun mengekang masalah penagihan
dadah di Negara kita umumnya dan di dalam komuniti khususnya amat penting
dilakukan bersama-sama. Dengan wujudnya penglibatan komuniti ini akan
memberikan kerjasama yang sangat utuh dan bersatu padu bagi membuat pencegahan
awal dan mengekang masalah penyalahgunaan dadah ini agar tidak terus menjadi
barah di dalam komuniti kita. Ini sejajar dengan cabaran wawasan 2020 yang
ketujuh iaitu membentuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi demi kepentingan
masyarakat.
Justeru itu, kita
harus memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah, dan
menyedarkan ahli komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam
merancang, menggerak dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan
serta rawatan dan pemulihan dadah sejajar dengan tema Bulan Antidadah pada
tahun ini iaitu “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita”. Pendekatan secara holistik
dan inklusif perlu ditekankan dalam mempergiatkan keterlibatan komuniti dan
kolaborasi pelbagai pihak dalam membentuk komuniti yang aktif dan berdaya huni
bagi mewujudkan kualiti persekitaran setempat yang aman dan selamat.
Dalam prinsip
rawatan dan pemulihan dadah berkesan perlu disepakati adalah tiada rawatan
tunggal yang sesuai untuk semua orang. Pemulihan penagihan dadah adalah
menjurus kepada komponen Bio, Psiko Sosial dan Spiritual. Justeru itu
keseluruhan komponen ini menyokong antara satu sama lain dalam proses
pemulihan.
Dengan adanya
pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah ini masyarakat boleh menjadi
serampang dua mata dalam memberikan maklumat ataupun pengatahuan bukan hanya
didalam komuniti mereka tetapi juga kepada komuniti ditempat kerja, komuniti
sekolah dan sebagainya. Ianya selaras dengan matlamat Dasar Dadah Negara iaitu
untuk mewujudkan Negara dan bangsa Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala
dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan mengekalkan kestabilan dan
ketahanan nasional melalui (5) lima teras iaitu, Pendidikan Pencegahan, Rawatan
dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Pengurangan Kemudaratan dan Kerjasama
Antarabangsa.
Akhir kata, dalam
kita mencanai harapan bagi tahun 2019 ini ingin saya menegaskan bahawa Bulan
Antidadah Kebangsaan ini membawa satu wadah dan harapan iaitu Komuniti
Kita Tanggungjawab Kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding bahu
menjadikan ianya satu realiti yang diterjemahkan melalui usaha dan komitmen
berterusan agar ganerasi kita di masa hadapan menjadi ganerasi yang bersih dan
bebas dari ancaman dadah. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati (Prevention
is better than cure).
Sekian.
Wabillahitaufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KETUA PENGARAH
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment